Selasa, 21 Januari 2014

Allah Maha Adil :)

Aku rindu dekat Izzah , semeja dengan aku dulu . Aku selalu sakit hati dengan dia . Doktahuu bakpe . Setiap kali tengok dia , muncul perasaan geram . Tapi sebenar-sebenarnya aku sayang sangat dekat dia . Aku nak sangat dia bahagia tapi ramai yang bagitahu dia tak suka aku . Aku tak kesah . hm , Maybe sekarang aku akan rasa apa yang dia rasa selama ni ,dengan layanan teruk aku bagi kat dia . sampai dia menangis aku buat tak tahu . Bumi ni berputar . semua perbuatan yang aku buat sama ada baik atau buruk akan dibalas . Btw Aku beruntung dapat kawan macam dia . :')


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rabu, 15 Januari 2014

Sahabat :)

Alangkah bahagianya bila berSAHABAT sering menghargai . Bila berSAMA saling menyayangi . Bila terLUKA sering memaafi . Bila berJAUHan saling merindui . Bila KELIRU tetap memahami . Bila terLEKA kerap menasihati . Bila terSILAP terus menegur . Maka bertambah manis apabila semua kerana Ilahi :')

Alhamdulillah . Aku bersyukur sbb dapat kawan yang baik2 . Walaupun selama ni ada je perkara2 yang dok kena . Takpe Ujian daripada Allah :') . Aku berharap persahabatan ni akan terjalin hingga ke Syurga . Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu apa2 masalah kalau aku mampu . Aku taknak jadi macam dulu , yang selalu buat sakit hati kawan2 aku . Aku ada azam baru . Azam baru aku - aku nk jadi sahabat sejati . Yang faham perasaan diorang . Dan ada setiap kali diorang dalam kesusahan .
InsyaAllah :')


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Selasa, 4 Jun 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ :)


SABAR :)

Assalamualaikum . Kadang2 kte mintak dkat Allah setangakai bunga yg segar . tapi diberiNya kaktus yang berduri . Kadang2 kita mintak kupu2 , Dia berikan ulat . Kadang2 kita kecewa dan sedih . Tapi , kite tetap bersabar . namun xlame kemudian , kaktus itu berbunga indah dan ulat itu menjadi kupu2 yang cantik . Begitulah cara Allah menyayangi kita :D .

Jadilah org yang selalu sabar disaat diuji . Tersenyum disaat hati menangis . memaafkan saat dihina . Berdiam  dikala berbuat kebaikan .

kalau ada org yg buat kita sakit hati macam mana sekali pun . ingat --> SABAR . dan ingat Allah ada bersama org2 yg sabar . nana pernah sekali hilang sabar . sbb hati nana rasa macam dha hancur . selepas tu nana fikir balik . tak dop makne kalau nana layan . nana mintak pada Allah spya kuatkan hati nana . memg terase perit tetapi cubalah bersangka baik pada DIA . DIA Pencipta kita . DIA tahu segala isi hati kita . so , mengadulah pada DIA . doa banyak2 . 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 9 Februari 2013

Cukuplah aku mencintainya dalam hati :)


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH
maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH
maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata
maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk."(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukuplah aku  mencintainya dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukuplah aku mencintainya dari kejauhan
kerana hadirmu tiada akan mampu menjauhkan diriku dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukuplah aku mencintaimu dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati 
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??"

.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali 
& Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukuplah mencintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kisah Benar .



Kenapa Tak Rogol Saya



Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.




Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.



Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.



Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment